Nabi Muhammad SAW apabila baginda memijak sebuah batu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنه عليه السلام كان إذا وطئ أثر قدمه في الحجر، وإذا وطئ في الرمل لم يكن يؤثر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW, apabila baginda memijak sebuah batu maka akan meninggalkan bekas tapak kaki pada batu tersebut dan apabila baginda memijak pasir, maka tidak meninggalkan bekas tapak kaki pada pasir tersebut.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 72, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: ما ينقله بعضهم أنه عليه السلام كان إذا وطئ أثر قدمه في الحجر، وإذا وطئ في الرمل لم يكن يؤثر. قال: وهذا لم ينقله أحد من أهل العلم بأحواله. بل هو كذب عليه صلى الله عليه وسلم.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.