Nabi Muhamad SAW tidak mengaku umat mereka yang hasad, mengadu domba dan berbomoh

TEKS BAHASA ARAB

ليس مني ذوحسد ولا نميمة ولا كهانة، ولا أنا منه، ثم تلا هذه الآية (والذين يؤذون المؤمنين المؤمنات بغير ما اكتسبوا فقد احتملوا بهتانا وإثما مبينا).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukan dari kalangan aku mereka yang hasad, mengadu domba, serta berbomoh; dan aku pula bukan sebahagian darinya. Kemudian baginda membaca ayat ini: Dan mereka yang menyakiti golongan mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah menanggung pembohongan dan dosa yang nyata [Al-Azhab:58].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 20, hadis nombor 49. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن بسر- رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس مني ذوحسد ولا نميمة ولا كهانة، ولا أنا منه، ثم تلا هذه الآية {والذين يؤذون المؤمنين المؤمنات بغير ما اكتسبوا فقد احتملوا بهتانا وإثما مبينا})).
[((الضعيفة)) (586)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Busr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukan dari kalangan aku mereka yang hasad, mengadu domba, serta berbomoh; dan aku pula bukan sebahagian darinya. Kemudian baginda membaca ayat ini: Dan mereka yang menyakiti golongan mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah menanggung pembohongan dan dosa yang nyata [Al-Azhab:58].
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.586]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs