Nabi Muhamad SAW orang pertama yang membuka pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

أنا أول من يفتح باب الجنة؛ إلا أني تأتي امرأة تبادرني، فأقول لها: ما لك، ومن أنت؟! فتقول: أنا امرأة قعدت على أيتام لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah orang pertama yang membuka pintu syurga, melainkan akan datang kepadaku seorang wanita yang bersegera kepada aku, lalu aku berkata kepadanya; "Siapakah kamu?" Maka wanita itu menjawab: "Aku wanita yang duduk diatasku (bertanggungjawab) anak-anak yatim."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 948, hadis nombor 4891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (( أنا أول من يفتح باب الجنة؛ إلا أني تأتي امرأة تبادرني، فأقول لها: ما لك، ومن أنت؟! فتقول: أنا امرأة قعدت على أيتام لي)).
[ع، ((الضعيفة)) (5374)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Aku adalah orang pertama yang membuka pintu syurga, melainkan akan datang kepadaku seorang wanita yang bersegera kepada aku, lalu aku berkata kepadanya; "Siapakah kamu?" Maka wanita itu menjawab: "Aku wanita yang duduk diatasku (bertanggungjawab) anak-anak yatim."
[Riwayat Abi Ya’la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5374].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs