Nabi Muhamad SAW menyapu minyak rambut dan melindunginya daripada cahaya matahari

TEKS BAHASA ARAB

لما افتتح صلى الله عليه وسلم خيبر؛ جعلت له مأدبة، فأكل متكئا، واطّلى فأصابته الشمس؛ فلبس الظلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Nabi SAW membuka Khaibar, telah diadakan satu jamuan untuk baginda, lalu Nabi makan dalam keadaan duduk bersandar sambil menyapu minyak rambut, kemudian beliau terkena cahaya matahari, lalu baginda memakai sesuatu untuk melindungi kepalanya daripada panas matahari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1638, hadis nombor 8286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن واثلة – رضي الله عنه-، قال: ((لما افتتح – صلى الله عليه وسلم – خيبر؛ جعلت له مأدبة، فأكل متكئا، وأطلى فأصابته الشمس؛ فلبس الظلة)). [طب، ((الضعيفة)) (6201)]

(Palsu)
Daripada Wathilah RA, beliau berkata: Ketika Nabi SAW membuka Khaibar, telah diadakan satu jamuan untuk baginda, lalu Nabi makan dalam keadaan duduk bersandar sambil menyapu minyak rambut, kemudian beliau terkena cahaya matahari, lalu baginda memakai sesuatu untuk melindungi kepalanya daripada panas matahari.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6201].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs