Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَّا افْتَتَحَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْبَرَ؛ جُعِلَتْ لَهُ مَأْدُبَةٌ، فَأَكَلَ مُتَّكِئاً، واطَّلَى فَأَصَابَتْهُ الشَّمْسُ؛ فَلَبِسَ الظّلَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Nabi SAW membuka Khaibar, telah diadakan satu jamuan untuk baginda, lalu Nabi makan dalam keadaan duduk bersandar sambil menyapu minyak rambut, kemudian beliau terkena cahaya matahari, lalu baginda memakai sesuatu untuk melindungi kepalanya daripada panas matahari.
Sahabat Perawi
- Wathilah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1638, hadis no. 8286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة - رضي الله عنه-، قال: ((لما افتتح - صلى الله عليه وسلم - خيبر؛ جعلت له مأدبة، فأكل متكئا، وأطلى فأصابته الشمس؛ فلبس الظلة)). [طب، ((الضعيفة)) (6201)]
(Palsu) Daripada Wathilah RA, beliau berkata: Ketika Nabi SAW membuka Khaibar, telah diadakan satu jamuan untuk baginda, lalu Nabi makan dalam keadaan duduk bersandar sambil menyapu minyak rambut, kemudian beliau terkena cahaya matahari, lalu baginda memakai sesuatu untuk melindungi kepalanya daripada panas matahari. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6201].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman