Nabi Muhamad SAW menamakan Hassan dan Hussain, sebagaimana Nabi Harun AS menamakan kedua anaknya

TEKS BAHASA ARAB

سمى هارون ابنيه: شبرا وشبيرا، وإني سميت ابني الحسن والحسين، كما سمى به هارون ابنيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Harun AS menamakan kedua anaknya dengan Syabra dan Syabir. Aku menamakan kedua anakku dengan Hassan dan Hussain, sebagaimana Harun AS menamakan kedua anaknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 940, hadis nombor 4836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سلمان الفارسي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((سمى هارون ابنيه: شبرا وشبيرا، وإني سميت ابني الحسن والحسين، كما سمى به هارون ابنيه)).
[طب، تخ، فر، ((الضعيفة)) (3706)].

(Lemah)
Daripada Salman al-Farisi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Harun AS menamakan kedua anaknya dengan Syabra dan Syabir. Aku menamakan kedua anakku dengan Hassan dan Hussain, sebagaimana Harun AS menamakan kedua anaknya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3706].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs