Nabi Muhamad SAW memakai pakaian baru pada hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

كان- صلى الله عليه وسلم- إذا استجد ثوبا لبسه يوم الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun Nabi SAW apabila baginda mendapat pakaian baru, baginda akan memakainya pada hari Jumaat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1613, hadis nombor 8136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: ((كان- صلى الله عليه وسلم- إذا استجد ثوبا لبسه يوم الجمعة)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي -صلى الله عليه وسلم)) وفي ((الطبقات))، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، ((البغوي))، ((الضعيفة)) (1606)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: “Adapun Nabi SAW apabila baginda mendapat pakaian baru, baginda akan memakainya pada hari Jumaat.”
[Riwayat Abu Shaykh di dalam Kitab Akhlak al-Nabi, diriwayatkan juga di dalam al-Tabaqat, Abu Uthman al-Bujairi di dalam al-Fawaid, dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1606].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs