Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ -صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ- إذا استجدَّ ثوبًا لبسَ يومَ الجمعةِ.
Teks Bahasa Melayu
Adapun Nabi SAW apabila baginda mendapat pakaian baru, baginda akan memakainya pada hari Jumaat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1613, hadis no. 8136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: ((كان- صلى الله عليه وسلم- إذا استجد ثوبا لبسه يوم الجمعة)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي -صلى الله عليه وسلم)) وفي ((الطبقات))، أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، ((البغوي))، ((الضعيفة)) (1606)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: “Adapun Nabi SAW apabila baginda mendapat pakaian baru, baginda akan memakainya pada hari Jumaat.” [Riwayat Abu Shaykh di dalam Kitab Akhlak al-Nabi, diriwayatkan juga di dalam al-Tabaqat, Abu Uthman al-Bujairi di dalam al-Fawaid, dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1606].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman