Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى أنْ تَحْلِقَ المرأةُ رأسَها.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW melarang wanita untuk membotakkan kepalanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis no. 8122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه-، قال: ((نهى - صلى الله عليه وسلم- أن تحلق المرأة رأسها)). [ن، ت، تمام، ((الضعيفة)) (678)].
(Lemah) Daripada Ali RA berkata: ((Nabi SAW melarang wanita untuk membotakkan kepalanya.)) [Riwayat al-Nasa’ī di dalam Sunannya, al-Tirmiẓī di dalam Sunannya, dan Tamam di dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 678].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman