Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا أخذ من شَعرِهِ أو قَلَّمَ أظفارَه، أو احتَجَم بَعَث به إلى البقيعِ فَدُفِنَ.
Teks Bahasa Melayu
Adapun Nabi SAW apabila memotong rambutnya atau kukunya atau berbekam, baginda akan membawanya ke (perkuburan) al-Baqi’ lalu ditanam.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis no. 8118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: ((كان إذا أخذ من شعره أو قلم أظفاره، أو احتجم بعث به إلى البقيع فدفن)). [ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (713)].
(Batil) Daripada Aisyah R.anha berkata: ((Adapun Nabi SAW apabila memotong rambutnya atau kukunya atau berbekam, baginda akan membawanya ke (perkuburan) al-Baqi’ lalu ditanam.)) [Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-’Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 713].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman