Nabi melarang tasghir (mengecilkan) nama-nama yang diagungkan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: نهى عن تصغير الأسماء المعظمة وأن يسمى حمدون أو علوان أو يعموش وغيرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Nabi melarang tasghir (mengecilkan) nama-nama yang diagungkan, atau memberi nama Hamdun, Ulwan, Naghmus atau selainnya”.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 212, hadis nombor 673. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: نهى عَن تَصْغِير الْأَسْمَاء المعظمة، وَأَن يُسمى حمدون أَو علوان أَو يعموش وَغَيرهَا. وَكلهَا بَاطِلَة لَا أصل لَهَا.

Hadith: “Nabi melarang tasghir (mengecilkan) nama-nama yang diagungkan, atau memberi nama Hamdun, Ulwan, Naghmus atau selainnya”.
Semuanya batil tiada asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs