Nabi Isa Ibn Maryam turun ke bumi lalu dia berkahwin dan mendapat anak

TEKS BAHASA ARAB

ينزل عيسى ابن مريم إلى الأرض، فيتزوج، ويولد له، ويمكث خمساً وأربيعن سنة، ثم يموت فيدفن معي في قبري، فأقوم أنا وعيسى ابن مريم من قبر واحد بين أبي بكر وعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Isa Ibn Maryam turun ke bumi lalu dia berkahwin dan mendapat anak. Dia hidup selama 45 tahun, kemudian wafat dan ditanam bersamaku di kuburku. Lalu aku dan Nabi Isa Ibn Maryam dibangkitkan dari satu kubur di antara Abu Bakar dan Umar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1716, hadis nombor 8627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو مرفوعاً: (ينزل عيسى ابن مريم إلى الأرض، فيتزوج، ويولد له، ويمكث خمساً وأربيعن سنة، ثم يموت فيدفن معي في قبري، فأقوم أنا وعيسى ابن مريم من قبر واحد بين أبي بكر وعمر).
[ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (6562)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Nabi Isa Ibn Maryam turun ke bumi lalu dia berkahwin dan mendapat anak. Dia hidup selama 45 tahun, kemudian wafat dan ditanam bersamaku di kuburku. Lalu aku dan Nabi Isa Ibn Maryam dibangkitkan dari satu kubur di antara Abu Bakar dan Umar.” [Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6562]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs