Nabi Isa bin Maryam AS akan turun kepada lapan ratus orang lelaki dan empat ratus orang perempuan

TEKS BAHASA ARAB

ينزل عيسى ابن مريم على ثمانمئة رجل، وأربعمئة امرأة، خيار من على الأرض يومئذ، وكصلحاء من مضى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Isa bin Maryam AS akan turun kepada lapan ratus orang lelaki dan empat ratus orang perempuan. Mereka merupakan sebaik-baik yang hidup di muka bumi pada hari tersebut, umpama orang-orang soleh yang terdahulu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 531, hadis nombor 2814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ينزل عيسى ابن مريم على ثمانمئة رجل، وأربعمئة امرأة، خيار من على الأرض يومئذ، وكصلحاء من مضی». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، فر، «الضعيفة» (5568)].

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Nabi Isa bin Maryam AS akan turun kepada lapan ratus orang lelaki dan empat ratus orang perempuan. Mereka merupakan sebaik-baik yang hidup di muka bumi pada hari tersebut, umpama orang-orang soleh yang terdahulu".
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5568].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs