Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Nabi Ibrahim akan dipakaikan dua pakaian putih pada hari kiamat, kemudian diletakkan di kanan Arasy

Teks Bahasa Arab

حديث: يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيمُ ثَوْبَيْنِ أَبْيَضَيْنِ، ثُمَّ يُقَامُ عَنْ يَمِينِ الْعَرْشِ. ثُمَّ أُدْعَى فَأُكْسَى ثَوْبَيْنِ أَخْضَرَيْنِ، ثُمَّ أُقَامُ عَنْ يَسَارِ الْعَرْشِ ثُمَّ تُدْعَى أَنْتَ يَا عَلِيُّ فَتُكْسَى ثَوْبَيْنِ أَخْضَرَيْنِ فَتُقَامُ عَنْ يَمِينِي، أَفَمَا تَرْضَى أَنْ تُدْعَى إِذَا دُعِيتُ، وَأَنْ تُكْسَى إِذَا كُسِيتُ، وَأَنْ تُشَفَّعَ إِذَا شَفَعْتُ؟.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Nabi Ibrahim akan dipakaikan dua pakaian putih pada hari kiamat, kemudian diletakkan di kanan Arasy. Kemudian aku dipanggil dan dipakaikan dua pakaian hijau, kemudian aku diletakkan di kiri Arasy kemudian dipanggil kamu wahai Ali lalu dipakaikan dua pakaian hijau dan diletakkan di sebelah kananku, tidakkah engkau reda dipanggil apabila aku dipanggil, dipakaikan apabila aku dipakaikan dan diberi syafaat apabila aku memberi syafaat?

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 379, hadis no. 85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن علي مرفوعا. وفي إسناده: الحكم بن ظهير، وميسرة ابن حبيب. وهو كذاب. والحديث: موضوع، ورواه الطبراني من غير طريقهما، وقال الحافظ الهثيمي: لا يصح.

Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat al-Hakam bin Zahir dan Maisarah bin Hubaib. Dia adalah pendusta. Hadith ini palsu. Al-Tabarani meriwayatkan dari jalan selain jalan mereka berdua. Al-Hafiz al-Haithami berkata: Ia tidak sahih.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.