Batil

30/06/2024

minit bacaan



Nabi berjanji kepada Ali 70 perkara

Teks Bahasa Arab

كنَّا نتحدَّثُ أنَّ النَّبيَّ عَهدَ إلى عليٍّ سبعينَ عَهدًا لم يعهدها إلى غيرِه.

Teks Bahasa Melayu

Kami pernah berbicara tentang Nabi SAW yang berjanji kepada Ali RA tentang 70 janji yang baginda tidak janjikan kepada orang lain.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850, hadis no. 4360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس-رضي الله عنهما- قال: ((كنا نتحدث أن النبي عهد إلى علي سبعين عهدا لم يعهدها إلى غيره)). [طص، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6288)].

(Batil) Daripada Ibn Abbas RA berkata: “Kami pernah berbicara tentang Nabi SAW yang berjanji kepada Ali RA tentang 70 janji yang baginda tidak janjikan kepada orang lain.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir dan Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6288].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.