TEKS BAHASA ARAB
مر نبي الله صلى الله عليه وآله وسلم على قبور نساء من بني النجار هلكوا في الجاهلية ، فسمعهم يعذبون في القبور في النميمة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi Allah SAW melalui satu perkuburan orang perempuan dalam kalangan Bani al-Najjar yang meninggal pada zaman Jahiliyyah, dan baginda mendengar semua mereka diazab di dalam kubur disebabkan perbuatan namimah (mengadu domba).
STATUS
Munkar pada lafaz: النساء dan النميمة
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 162, hadis nombor 806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر النساء والنميمة)
عن جابر -رضي الله عنه-، قال: مَرَّ نبيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ عَلَى قُبُورِ نِسَاءٍ مِنْ بَنِي النَّجَّارِ هَلَكُوا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَسَمِعَهُمْ يُعَذَّبُونَ فِي الْقُبُورِ فِي النَّمِيمَةِ.
[طس، ((الضعيفة)) (6946)]
(Munkar pada lafaz: النساء dan النميمة)
Daripada Jabir RA berkata: Nabi Allah SAW melalui satu perkuburan orang perempuan dalam kalangan Bani al-Najjar yang meninggal pada zaman Jahiliyyah, dan baginda mendengar kesemua mereka diazab di dalam kubur disebabkan perbuatan namimah (mengadu domba).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6946]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.