Munkar Dengan Sebutan: Wanita dan Adu Domba

30/06/2024

minit bacaan



Nabi Allah SAW melalui satu perkuburan wanita

Teks Bahasa Arab

مرَّ نبيُّ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وآلهِ وسلَّمَ على قبورِ نساءٍ من بني النجارِ هَلَكُوا في الجاهليةِ ، فسمعهمْ يُعذَّبونَ في القبورِ في النَّميمةِ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi Allah SAW melalui satu perkuburan wanita dalam kalangan Bani al-Najjar yang meninggal pada zaman Jahiliyyah, dan baginda mendengar semua mereka diazab di dalam kubur disebabkan perbuatan namimah (mengadu domba).

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Sebutan: Wanita dan Adu Domba

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 162, hadis no. 806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر النساء والنميمة) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: مَرَّ نبيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ عَلَى قُبُورِ نِسَاءٍ مِنْ بَنِي النَّجَّارِ هَلَكُوا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَسَمِعَهُمْ يُعَذَّبُونَ فِي الْقُبُورِ فِي النَّمِيمَةِ. [طس، ((الضعيفة)) (6946)]

(Munkar Dengan Sebutan: Wanita dan Adu Domba) Daripada Jabir RA berkata: Nabi Allah SAW melalui satu perkuburan wanita dalam kalangan Bani al-Najjar yang meninggal pada zaman Jahiliyyah, dan baginda mendengar kesemua mereka diazab di dalam kubur disebabkan perbuatan namimah (mengadu domba). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6946]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.