TEKS BAHASA ARAB
قال نبي الله داود: يا رب أسمع الناس يقولون: رب إسحاق؟ قال: إن إسحاق جاد لي بنفسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi Allah Daud AS telah berkata: Wahai Tuhan! Aku mendengar manusia berkata ‘Tuhan Ishak’? Allah berfirman: Sesungguhnya Ishak telah bersungguh-sungguh untuk-Ku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1658, hadis nombor 8367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن العباس بن عبد المطلب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((قال نبي الله داود: يا رب أسمع الناس يقولون: رب إسحاق؟ قال: إن إسحاق جاد لي بنفسه )). [ك، ((الضعيفة)) (336)].
(Lemah)
Daripada al-Abbas Bin Abd Al-Muttalib RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:(( Nabi Allah Daud AS telah berkata: Wahai Tuhan! Aku mendengar manusia berkata ‘Tuhan Ishak’? Allah berfirman: Sesungguhnya Ishak telah bersungguh-sungguh untuk-Ku)).
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 336].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.