Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَالَ نَبِيُّ اللّهِ دَاوُدَ : يَا رَبِّ أَسْمَعُ النَّاسَ يَقُولُونَ : رَبَّ إسْحَاقَ؟ قَالَ : إنَّ إسْحَاقَ جَادَ لِي بِنَفْسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi Allah Daud AS telah berkata: Wahai Tuhan! Aku mendengar manusia berkata ‘Tuhan Ishak’? Allah berfirman: Sesungguhnya Ishak telah bersungguh-sungguh untuk-Ku.
Sahabat Perawi
- al-Abbas bin Abd al-Muttalib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1658, hadis no. 8367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada al-Abbas Bin Abd Al-Muttalib RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:(( Nabi Allah Daud AS telah berkata: Wahai Tuhan! Aku mendengar manusia berkata ‘Tuhan Ishak’? Allah berfirman: Sesungguhnya Ishak telah bersungguh-sungguh untuk-Ku)). [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 336].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman