Nabi Adam meminta dengan hak Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hasan, dan Al-Husain agar Engkau memberi taubat kepadaku, maka Allah menerima taubatnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن ابن عباس قال: سألت النبي صلى الله عليه وآله وسلم عن الكلمات التي تلقاها آدم من ربه. قال: سأل بحق محمد، وعلي ، وفاطمة، والحسن، والحسين إلا تبت علي، فتاب عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Ibn Abbas berkata: Aku bertanya Nabi SAW tentang kalimat yang diterima Adam daripada Tuhannya. Baginda bersabda: Nabi Adam meminta dengan hak Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hasan, dan Al-Husain agar Engkau memberi taubat kepadaku, maka Allah menerima taubatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 394-395, hadis nombor 123. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الدارقطني: تفرد به عمرو بن ثابت، وقد قال يحيى: إنه لا ثقة ولا مأمون، وقال ابن حبان: يروي الموضوعات.

Al-Daraqutni berkata: Amru bin Thabit bersendirian dalam meriwayatkannya. Yahya berkata: Dia bukan seorang thiqah mahupun seorang yang dipercayai. Ibn Hibban berkata: Dia meriwayatkan hadith-hadith palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs