Nabi ﷺ pernah bersabda di kala pertengahan malam: Ya Allah! Mata-mata sudah pun tidur, bintang-bintang telah pun suram, sedangkan Engkau Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri

TEKS BAHASA ARAB

كان النبي ﷺ يقول في جوف الليل: اللهم! ‌نامت ‌العيون، وغارت النجوم، وأنت الحي القيوم، لا يواري منك ليل ساج، ولا سماء ذات أبراج، ولا أرض ذات مهاد، ولا بحر لجي، ولا ظلمات بعضها فوق بعض، تعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور، اللهم! إني أشهد لك بما شهدت به على نفسك، وشهدت به ملائكتك وأنبياؤك وأولوا العلم، ومن لم يشهد بما شهدت به، فاكتب شهادتي مكان شهادته،أنت السلام ومنك السلام، تباركت ذا الجلال والإكرام، اللهم! إني أسألك فكاك رقبتي من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi ﷺ pernah bersabda di kala pertengahan malam: "Ya Allah! Mata-mata sudah pun tidur, bintang-bintang telah pun suram, sedangkan Engkau Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Tiada yang tersembunyi daripadamu sama ada malam yang gelita, langit yang mempunyai gugusan bintang, bumi yang terhampar, lautan yang dalam mahupun kegelapan yang berlapis-lapis. Engkau mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang disembunyikan oleh jiwa-jiwa. Ya Allah! Sesungguhnya aku bersaksi kepada-Mu dengan persaksian yang Engkau saksikan buat diri-Mu sendiri, persaksian malaikat-Mu, nabi-nabi-Mu dan orang-orang berilmu. Manakala sesiapa tidak bersaksikan dengan apa yang Engkau saksikan, maka tuliskanlah persaksianku pada tempat persaksiannya. Engkaulah Maha Sejahtera dan daripada-Mu lah kesejahteraan. Maha berkatlah Engkau wahai pemilik keagungan dan kemuliaan. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan pembebasan diriku daripada api neraka".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 577, hadis nombor 2973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: «كان النبي ﷺ يقول في جوف الليل: اللهم! ‌نامت ‌العيون، وغارت النجوم، وأنت الحي القيوم، لا يواري منك ليل ساج، ولا سماء ذات أبراج، ولا أرض ذات مهاد، ولا بحر لجي، ولا ظلمات بعضها فوق بعض، تعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور، اللهم! إني أشهد لك بما شهدت به على نفسك، وشهدت به ملائكتك وأنبياؤك وأولو العلم، ومن لم يشهد بما شهدت به، فاكتب شهادتي مكان شهادته،أنت السلام ومنك السلام، تباركت ذا الجلال والإكرام، اللهم! إني أسألك فكاك رقبتي من النار». [ابن أبي الدنيا «التهجد»، فر، «الضعيفة» (6731)].

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Nabi ﷺ pernah bersabda di kala pertengahan malam: "Ya Allah! Mata-mata sudah pun tidur, bintang-bintang telah pun suram, sedangkan Engkau Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Tiada yang tersembunyi daripadamu sama ada malam yang gelita, langit yang mempunyai gugusan bintang, bumi yang terhampar, lautan yang dalam mahupun kegelapan yang berlapis-lapis. Engkau mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang disembunyikan oleh jiwa-jiwa. Ya Allah! Sesungguhnya aku bersaksi kepada-Mu dengan persaksian yang Engkau saksikan buat diri-Mu sendiri, persaksian malaikat-Mu, nabi-nabi-Mu dan orang-orang berilmu. Manakala sesiapa tidak bersaksikan dengan apa yang Engkau saksikan, maka tuliskanlah persaksianku pada tempat persaksiannya. Engkaulah Maha Sejahtera dan daripada-Mu lah kesejahteraan. Maha berkatlah Engkau wahai pemilik keagungan dan kemuliaan. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan pembebasan diriku daripada api neraka". [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tahajjud dan al-Daylami dalam ّal-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6731].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs