Nabi ﷺ melakukan dua saktah

TEKS BAHASA ARAB

كان للنبي ﷺ سكتتان، سكتة حين يكبر، وسكتة حين يفرغ من قراءته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi ﷺ melakukan dua saktah (berhenti seketika). Satu saktah ketika baginda takbir dan satu saktah ketika baginda selesai dari bacaan baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 351, hadis nombor 1859. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه -، قال: «كان للنبيِّ ﷺ سَكْتتانِ، سَكْتَةٌ حين يُكَبِّرُ، وسَكْتَةٌ حين يَفْرُغُ مِنْ قِراءتِه». [البخاري في «جزء القراءة»، د، ت، هـ، «الضعيفة» (547)].

(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA, beliau berkata: "Nabi ﷺ melakukan dua saktah (berhenti seketika). Satu saktah ketika baginda takbir dan satu saktah ketika baginda selesai dari bacaan baginda". [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Juz’ al-Qira’ah, Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibn Majah dalam Sunan mereka. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 547].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs