Nabi ﷺ berjabat tangan dengan Abu Jahal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صافح أبا جهل. فقيل لأبي جهل: تصافح هذا الصابئ؟! فقال: إني لأعلم أنه لنبي، ولكن متى كنا تبعا لبني عبد مناف؟! قال: فنزلت {فإنهم لا يكذبونك ولكن الظالمين بآيات الله يجحدون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW berjabat tangan dengan Abu Jahal. Maka seseorang berkata kepada Abu Jahal: Engkau berjabat tangan dengan Sabi’ ini? Maka dia berkata: Sesungguhnya aku mengetahui yang dia ini seorang Nabi, akan tetapi sejak bila kita mengikut kepada suku ‘Abd Manaf? Baginda berkata: Maka turunlah ayat: Kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 160 hadis nombor 797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي يزيد المديني: أن النبي صلى الله عليه وسلم صافح أبا جهل. فقيل لأبي جهل: تصافح هذا الصابئ؟! فقال: إني لأعلم أنه لنبي، ولكن متى كنا تبعا لبني عبد مناف؟! قال: فنزلت {فإنهم لا يكذبونك ولكن الظالمين بآيات الله يجحدون}.
[((الضعيفة)) (6905)]

(Lemah)
Daripada Abu Yazid al-Madani: Nabi SAW berjabat tangan dengan Abu Jahal. Maka seseorang berkata kepada Abu Jahal: Engkau berjabat tangan dengan Sabi’ ini? Maka dia berkata: Sesungguhnya aku mengetahui yang dia ini seorang Nabi, akan tetapi sejak bila kita mengikut kepada suku ‘Abd Manaf? Baginda berkata: Maka turunlah ayat: Kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata). [Surah al-An’am: 33] [Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6905]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.