TEKS BAHASA ARAB
حديث: الغناء رقية الزنا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Muzik adalah penggalak penzinaan.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 127, hadis nombor 351. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال النووي في شرح مسلم: هو من أمثالهم المشهورة، قاله علي قاري، والله أعلم.
Al-Nawawi berkata dalam Syarah Sahih Muslim: Ia adalah bahagian daripada pepatah Arab yang masyhur, Ali al-Qari menyebutkannya. Wallahu a’lam.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.