Musuhmu yang paling dahsyat ialah nafsumu yang terletak di antara kedua-dua dadamu

TEKS BAHASA ARAB

أعدى ‏عدوك نفسك التي بين جنبيك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Musuhmu yang paling dahsyat ialah nafsumu yang terletak di antara kedua-dua dadamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1976, hadis nombor 9883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‏(موضوع) ‏عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «أعدى ‏عدوك نفسك التي بين جنبيك».
[‏البيهقي في «الزهد الكبير»، «الضعيفة» (1164)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Musuhmu yang paling dahsyat ialah nafsumu yang terletak di antara kedua-dua dadamu.
[Riwayat al-Baihaqiy dalam al-Zuhd al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1164].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs