Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَعْدَى عَدُوِّكَ نفسُكَ التى بين جَنْبَيْكَ.
Teks Bahasa Melayu
Musuhmu yang paling dahsyat ialah nafsumu yang terletak di antara kedua-dua dadamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1976, hadis no. 9883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «أعدى عدوك نفسك التي بين جنبيك». [البيهقي في «الزهد الكبير»، «الضعيفة» (1164)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Musuhmu yang paling dahsyat ialah nafsumu yang terletak di antara kedua-dua dadamu. [Riwayat al-Baihaqiy dalam al-Zuhd al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1164].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman