Musnahnya Ka'abah batu demi batu lebih mudah daripada pembunuhan seorang Muslim

TEKS BAHASA ARAB

لهدم الكعبة حجرا حجرا أهون من قتل المسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah musnahnya Ka’abah batu demi batu lebih mudah daripada pembunuhan seorang Muslim.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 146, hadis nombor 247. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أقف عليه بهذا اللفظ.

Al-Sakhawi berkata: Aku tidak pernah menemuinya dengan lafaz ini.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs