Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ربيعُ أمَّتيَ العِنبُ والبِطِّيخُ.
Teks Bahasa Melayu
Musim bunga bagi umatku ialah anggur dan tembikai.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 385, hadis no. 2041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، مرفوعا: «ربيع أمتي العنب والبطيخ». [فر، ابن الجوزي، «الضعيفة» (155)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Musim bunga bagi umatku ialah anggur dan tembikai". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 155].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman