TEKS BAHASA ARAB
إذا عاهة نزلت من السماء، صرفت عن عمار المساجد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila suatu musibah turun dari langit, maka ia akan dipalingkan dari golongan yang mengimarahkan masjid-masjid.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1319, hadis nombor 6734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: إذا عاهة نزلت من السماء، صرفت عن عمار المساجد.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (٢٤٤٩)].
(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila suatu musibah turun dari langit, maka ia akan dipalingkan dari golongan yang mengimarahkan masjid-masjid.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2449].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.