Musa AS berkata kepada Tuhan-Nya azza wa jalla: “Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah orang yang kehilangan anak?

TEKS BAHASA ARAB

قال موسى -عليه السلام- لربه -عز وجل-: ما جزاء من عزى الثكلى؟ قال: أجعله في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Musa AS berkata kepada Tuhan-Nya azza wa jalla: “Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah bagi orang yang kehilangan anak?" Tuhannya menjawab: "Aku akan jadikan dia dalam teduhan-Ku pada hari di mana tiada teduhan selain teduhan-Ku."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis nombor 8777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر الصديق وعمران بن حضين -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((قال موسى -عليه السلام- لربه -عز وجل-: ما جزاء من عزى الثكلى؟ قال: أجعله في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي.)) [ابن السني، ((الضعيفة)) (4049)]

(Lemah)
Daripada Abu Bakr RA dan Imran bin Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((“Musa AS berkata kepada Tuhan-Nya azza wa jalla: “Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah bagi orang yang kehilangan anak? Tuhannya menjawab: Aku akan jadikan dia dalam teduhan-Ku pada hari di mana tiada teduhan selain teduhan-Ku.)).
[Riwayat Ibn Al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4049].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.