Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال موسى عليهِ السلامُ لربِّهِ عز وجل : ما جزاءُ منْ عزَّى الثَّكلى ؟ قال : أجعلُه في ظلِّي يومَ لا ظلَّ إلا ظِلِّي.
Teks Bahasa Melayu
Musa AS berkata kepada Tuhan-Nya azza wa jalla: “Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah bagi orang yang kehilangan anak?" Tuhannya menjawab: "Aku akan jadikan dia dalam teduhan-Ku pada hari di mana tiada teduhan selain teduhan-Ku."
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
- Imran bin Husain RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis no. 8777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي بكر الصديق وعمران بن حضين -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((قال موسى -عليه السلام- لربه -عز وجل-: ما جزاء من عزى الثكلى؟ قال: أجعله في ظلي يوم لا ظل إلا ظلي.)) [ابن السني، ((الضعيفة)) (4049)]
(Lemah) Daripada Abu Bakr RA dan Imran bin Husain RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((“Musa AS berkata kepada Tuhan-Nya azza wa jalla: “Apakah balasan bagi orang yang mengucap takziah bagi orang yang kehilangan anak? Tuhannya menjawab: Aku akan jadikan dia dalam teduhan-Ku pada hari di mana tiada teduhan selain teduhan-Ku.)). [Riwayat Ibn Al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4049].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman