Murji’ah dilaknat oleh 70 orang nabi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لعنت المرجئة على لسان سبعين نبيا. قيل: وما المرجئة؟ قال: قوم يزعمون أن الإيمان قول بلا عمل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Murji’ah dilaknat oleh 70 orang nabi.” Baginda ditanya: Apa itu Murjiah? Baginda menjawab: “Satu golongan yang mendakwa bahawa iman itu hanya terdiri daripada kata-kata, bukan amalan.’

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 477, hadis nombor 2563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- مرفوعا: ((لعنت المرجئة على لسان سبعين نبيا. قيل: وما المرجئة؟ قال: قوم يزعمون أن الإيمان قول بلا عمل)). [ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (3785)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Murji’ah dilaknat oleh 70 orang nabi.” Baginda ditanya: Apa itu Murjiah? Baginda menjawab: “Satu golongan yang mendakwa bahawa iman itu hanya terdiri daripada kata-kata, bukan amalan.”
[Riwayat Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3785]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.