Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لعنت المرجئة على لسان سبعين نبيا. قيل: وما المرجئة؟ قال: قوم يزعمون أن الإيمان قول بلا عمل.
Teks Bahasa Melayu
Murji’ah dilaknat oleh 70 orang nabi.” Baginda ditanya: Apa itu Murjiah? Baginda menjawab: “Satu golongan yang mendakwa bahawa iman itu hanya terdiri daripada kata-kata, bukan amalan.'
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 477, hadis no. 2563.
(ضعيف) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- مرفوعا: ((لعنت المرجئة على لسان سبعين نبيا. قيل: وما المرجئة؟ قال: قوم يزعمون أن الإيمان قول بلا عمل)). [ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (3785)]
(Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Murji’ah dilaknat oleh 70 orang nabi.” Baginda ditanya: Apa itu Murjiah? Baginda menjawab: “Satu golongan yang mendakwa bahawa iman itu hanya terdiri daripada kata-kata, bukan amalan.” [Riwayat Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3785]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman