Munculnya bidaah dan orang terakhir daripada bangsa ini mengutuk orang yang pertama

TEKS BAHASA ARAB

إذا ظهرت البدع، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فمن كان عنده علم فلينشره، فإن كاتم العلم، يومئذ لكاتم ما أنزل الله على محمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila munculnya bidaah dan orang terakhir daripada bangsa ini mengutuk orang yang pertama, maka bagi sesiapa yang mempunyai ilmu hendaklah dia menyebarkannya kerana orang yang menyembunyikan ilmu ketika itu seperti orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada Muhammad.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1242, hadis nombor 6336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: إذا ظهرت البدع، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فمن كان عنده علم فلسنشره، فإن كاتم العلم، يومئذ لكاتم ما أنزل الله على محمد.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1506)]

(Munkar)
Daripada Mu’az bin Jabal RA secara marfu’: Apabila munculnya bidaah dan orang terakhir daripada bangsa ini mengutuk orang yang pertama, maka bagi sesiapa yang mempunyai ilmu hendaklah dia menyebarkannya kerana orang yang menyembunyikan ilmu ketika itu seperti orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada Muhammad.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1506]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs