Muncul satu cahaya di syurga, lalu mereka mendongakkan kepala mereka

TEKS BAHASA ARAB

سطع نور في الجنة، فرفعوا رؤوسهم، فإذا هو من ثغر حوراء ضحكت في وجه زوجها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muncul satu cahaya di syurga, lalu mereka mendongakkan kepala mereka. Rupa-rupanya ia adalah dari mulut Haura’ yang ketawa kepada suaminya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 666, hadis nombor 3438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ‌((سطع ‌نور في الجنة، فرفعوا رؤوسهم، فإذا هو من ثغر حوراء ضحكت في وجه زوجهَا)). [حل، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، فر، ((الضعيفة)) (3699)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’: Muncul satu cahaya di syurga, lalu mereka mendongakkan kepala mereka. Rupa-rupanya ia adalah dari mulut Haura’ yang ketawa kepada suaminya. [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Abu Nuaim dalam Sifat al-Jannah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3699]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs