Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Mulut yang diam merupakan penjaga yang mencukupi

Teks Bahasa Arab

فَمٌ سَاكِتٌ رَبٌّ كَافٍ وَنَحْوُهُ اللَّهُ وَلِيُّ مَنْ سَكَتَ.

Teks Bahasa Melayu

Mulut yang diam merupakan penjaga yang mencukupi. Dan perumpamaannya: Allah adalah penjaga bagi mereka yang diam.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 128, hadis no. 208. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الديبع: ليس بحديث، ومعناه صحيح. قلت: ظاهر التركيب الأول كفر إلا أن يقدر العاطف.

Kata Ibn al-Daiba’: Bukan hadis dan maknanya sahih. Aku berkata: Zahir susunan ayat yang pertama adalah kufur kecuali jika danggap ia adalah sandaran (bukan Tuhan sebenar).

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.