Mulut kamu adalah jalan bagi al-Qur'an, maka bersihkanlah ia dengan menggunakan sugi

TEKS BAHASA ARAB

إن أفواهكم طرق القرآن، فطهروها بالسواك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya mulut kamu adalah jalan bagi al-Qur’an, maka bersihkanlah ia dengan menggunakan sugi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1200, hadis nombor 6092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن علي رضي الله عنه مرفوعا: إن أفواهكم طرق القرآن، فطهروها بالسواك.
[هـ – موقوف –، ابن الأعرابي، حل، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (2275)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’: Sesungguhnya mulut kamu adalah jalan bagi al-Qur’an, maka bersihkanlah ia dengan menggunakan sugi.
[Riwayat Ibn Majah – secara mawquf -, Ibn al-A'rabi, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2275]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs