Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن أفواهَكم طُرُقُ القرآنِ، فطَهِّرُوها بالسِّوَاكِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya mulut kamu adalah jalan bagi al-Qur'an, maka bersihkanlah ia dengan menggunakan sugi.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1200, hadis no. 6092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: إن أفواهكم طرق القرآن، فطهروها بالسواك. [هـ – موقوف –، ابن الأعرابي، حل، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (2275)]
(Sangat Lemah) Daripada 'Ali RA secara marfu': Sesungguhnya mulut kamu adalah jalan bagi al-Qur'an, maka bersihkanlah ia dengan menggunakan sugi. [Riwayat Ibn Majah - secara mawquf -, Ibn al-A'rabi, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2275]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman