Muliakanlah roti, kerana sesungguhnya Allah Taala menurunkan keberkatan-keberkatan langit kepadanya dan mengeluarkan keberkatan-keberkatan bumi baginya

TEKS BAHASA ARAB

أكرموا الخبز، فإن الله تعالى أنزل له بركات السماء وأخرج له بركات الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah roti, kerana sesungguhnya Allah Taala menurunkan keberkatan-keberkatan langit kepadanya dan mengeluarkan keberkatan-keberkatan bumi baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 398-399 , hadis nombor 2132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف): «أكرموا الخبز، فإن الله تعالى أنزل له بركات السماء وأخرج له بركات الأرض». روي من حديث الحجاج بن علاط، وأبي موسى الأشعري، وعبد الله بن عباس، وعبد الله بن عمرو بن العاص، وعبد الله بن أم حرام، وأبي هريرة، وأبي سكينة، وموسى الطائفي، ومكحول مرسلا. [الرافعي في «جزئه»، المخلص في «بعض الخامس من الفوائد»، ابن عساكر، تمام في «الفوائد»، ابن قتيبة في «كتاب العرب أو الرد على الشعوبية»، أبو الحسن الحمامي في «جزء الإعتكاف»، البزار، طب، حل، تخ، «الضعيفة» (2885)].

(Lemah): “Muliakanlah roti, kerana sesungguhnya Allah Taala menurunkan keberkatan-keberkatan langit kepadanya dan mengeluarkan keberkatan-keberkatan bumi baginya”. Diriwayatkan daripada hadis al-Hajjaj bin ‘Ilat, Abu Musa al-Ash’ari, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As, Abdullah bin Umm Haram, Abu Hurairah, Abu Sakinah, Musa al-Ta’ifi dan Makhul secara mursal (tanpa nama sahabat perawi). [Riwayat al-Rafi‘i dalam Juz’ihi, al-Mukhlis dalam Ba’d al-Khamis min al-Fawaid, Ibn Asakir, Tammam al-Razi dalam al-Fawa’id, Ibn Qutaybah dalam Kitab al-‘Arab aw al-Radd ‘ala al-Shu’ubiyyah, Abu al-Hasan al-Hamami dalam Juz’ al-I’tikaf, al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’ dan al-Bukhari dalam Tarikhnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2885].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs