Muliakanlah tunggangan kalian, sesungguhnya padanya ada manfaat bagi manusia

TEKS BAHASA ARAB

أكرموا ظهوركم، فإن فيها منافع للناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah tunggangan kalian, sesungguhnya padanya ada manfaat bagi manusia.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 118, hadis nombor 137. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا اللَّفْظُ لَا أَعْرِفُهُ مَرْفُوعًا.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Lafaz hadis ini adalah suatu lafaz yang tidak aku ketahui secara marfu (yang diangkat terus kepada baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasalam).

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs