Muliakanlah para ulama' kerana mereka adalah pewaris para nabi

TEKS BAHASA ARAB

أكرموا العلماء، فإنهم ورثة الأنبياء، من أكرمهم فقد أكرم الله ورسوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah para ulama’ kerana mereka adalah pewaris para nabi. Sesiapa yang memuliakan mereka maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah dan Rasul-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1253, hadis nombor 6404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: أكرموا العلماءَ، فإنهم ورثةُ الأنبياءِ، من أكرمَهم فقدْ أكرَم الله ورسوله.
[ابن جبرون المعدل في ((الفوائد العوالي))، خط، فر، ((الضعيفة)) (2678)].

(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Muliakanlah para ulama’ kerana mereka adalah pewaris para nabi. Sesiapa yang memuliakan mereka maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah dan Rasul-Nya.
[Riwayat Ibn Jabrun al-Mu’addal dalam al-Fawaid al-‘Awali, al-Khatib al-Baghdadi, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2678]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.