Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكرموا العلماءَ، فإنهم ورثةُ الأنبياءِ، من أكرمَهم فقدْ أكرَم الله ورسوله.
Teks Bahasa Melayu
Muliakanlah para ulama' kerana mereka adalah pewaris para nabi. Sesiapa yang memuliakan mereka maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah dan Rasul-Nya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1253, hadis no. 6404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: أكرموا العلماءَ، فإنهم ورثةُ الأنبياءِ، من أكرمَهم فقدْ أكرَم الله ورسوله. [ابن جبرون المعدل في ((الفوائد العوالي))، خط، فر، ((الضعيفة)) (2678)].
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Muliakanlah para ulama' kerana mereka adalah pewaris para nabi. Sesiapa yang memuliakan mereka maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah dan Rasul-Nya. [Riwayat Ibn Jabrun al-Mu'addal dalam al-Fawaid al-'Awali, al-Khatib al-Baghdadi, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2678]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman