Muliakanlah para saksi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أكرموا الشهود، فإن الله يستخرج بهم الحقوق ويدفع بهم الظلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Muliakanlah para saksi, kerana disebabkan merekalah Allah akan menegakkan hak-hak dan disebabkan mereka jugalah Allah menolak kezaliman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 44, hadis nombor 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الصغاني: موضوع.

Al-Saghani berkata : Palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.