Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Muliakanlah para saksi kerana sesungguhnya Allah akan mengeluarkan daripada mereka hak-hak

Teks Bahasa Arab

أَكْرِمُوا الشُّهودَ، فإن اللهَ يَستخرجُ بِهِمُ الحقوقَ، ويَدفعُ بِهِمُ الظُّلمَ.

Teks Bahasa Melayu

Muliakanlah para saksi kerana sesungguhnya Allah akan mengeluarkan daripada mereka hak-hak, dan melindungi daripada kezaliman.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 832, hadis no. 4273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أكرموا الشهود، فإن الله يستخرج بهم الحقوق، ويدفع بهم الظلم)). [أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، عق، خط، القضاعي، فر، ابن عساكر، الدامغاني الفقيه في ((الأحاديث والأخبار))، القاضي أبو يعلى في ((المجلس الثاني من الأمالي))، ((الضعيفة)) (2898)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Muliakanlah para saksi kerana sesungguhnya Allah akan mengeluarkan daripada mereka hak-hak, dan melindungi daripada kezaliman. [Riwayat Abū al-Syaikh dalam Ṭabaqāt al-Aṣbahāniyyīn, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Tārīkh, al-Quḍa‘ī dalam Musnad al-Syihāb, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, al-Dāmighānī al-Faqīh dalam al-Aḥādīth wa al-Akhbār dan al-Qāḍī Abū Ya’lā dalam al-Majlis al-Thānī min al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2898]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.