Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Muliakanlah para saksi

Teks Bahasa Arab

أكْرِمُوا الشُّهُودَ فإنّ اللَّهَ تَعَالَى يَسْتَخْرُجُ بِهِمُ الحقوق ويدفع بهم الظلم.

Teks Bahasa Melayu

Muliakanlah para saksi, kerana sesungguhnya disebabkan merekalah Allah akan mengeluarkan hak-hak dan disebabkan mereka jugalah Allah akan menolak kezaliman.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 20, hadis no. 85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Palsu, jelas kebatilannya. Pada zaman Baginda SAW tidak pernah ada saksi, bahkan semua orang Islam (ketika itu) adalah saksi. Tidak pernah ada tugasan khusus sebagai saksi kecuali setelah lebih beberapa kurun yang mulia. Juga termasuk perkara ganjil adalah al-Hafiz Abu 'Ali al-Sadafi telah meriwayatkannya daripada al-Baniyasi, kemudian beliau berkata: "Ini adalah hadith hasan gharib, kami tidak menulisnya melalinkan melalui sanad ini", Ibn al-Abar menyebutkannya di bawah biografi Khalf bin Basykuwal melalui Mu'jam Ashab al-Sadafi. Ini termasuk penggunaan lafaz hasan bagi hadith yang terlampau gharib sekalipun ia hadith yang batil. Penggunaan tersebut makruf dalam kalangan penduduk Andalusia dan mereka tidak maksud hasan dari sudut istilah.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.