TEKS BAHASA ARAB
بجلوا المشايخ، فإن تبجيل المشايخ من إجلال الله -تعالى-.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Muliakanlah orang-orang tua. Sesungguhnya memuliakan orang-orang tua adalah sebahagian daripada perbuatan memuliakan Allah Ta’ala.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis nombor 877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: بجلوا المشايخ، فإن تبجيل المشايخ من إجلال الله تعالى.
[ابن حبان في ((المجروحين))، عد، ابن منده في ((التاريخ أصبهان))، ((الضعيفة)) (824)]
(Palsu)
Daripada Anas – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: “Muliakan-lah orang-orang tua. Sesungguhnya memuliakanlah orang-orang tua adalah sebahagian daripada perbuatan memuliakan Allah Ta’ala’’.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’, Ibn Mandah dalam Tarikh Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 824]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.