Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Muliakanlah orang-orang tua

Teks Bahasa Arab

بَجِّلُوا المَشَايِخَ، فإنَّ تَبْجِيلَ المَشَايِخِ من إجلالِ اللهِ -تعالى-.

Teks Bahasa Melayu

Muliakanlah orang-orang tua. Sesungguhnya memuliakan orang-orang tua adalah sebahagian daripada perbuatan memuliakan Allah Ta’ala.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis no. 877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: بجلوا المشايخ، فإن تبجيل المشايخ من إجلال الله تعالى. [ابن حبان في ((المجروحين))، عد، ابن منده في ((التاريخ أصبهان))، ((الضعيفة)) (824)]

(Palsu) Daripada Anas - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: “Muliakan-lah orang-orang tua. Sesungguhnya memuliakanlah orang-orang tua adalah sebahagian daripada perbuatan memuliakan Allah Ta’ala’’. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’, Ibn Mandah dalam Tarikh Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 824]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.