Muliakanlah orang-orang Ansar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أكرموا الأنصار. فإنهم ربوا الإسلام كما يربى الفرخ في وكره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Muliakanlah orang-orang Ansar. Kerana sesungguhnya mereka memelihara Islam sebagaimana anak burung dipelihara pada sarangnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 413, hadis nombor 166. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: كذاب.

Dalam sanadnya terdapat pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs