Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Muliakanlah kambing dan tunaikanlah solat di kandangnya serta sapulah (bersihkan) tanah daripadanya

Teks Bahasa Arab

أَكْرِمُوا المِعْزَى، وصَلُّوا في مَرَاحِها، وامسحوا الرُّغَامَ عنها؛ فإنها من دَوَابِّ الجنةِ.

Teks Bahasa Melayu

Muliakanlah kambing dan tunaikanlah solat di kandangnya serta sapulah (bersihkan) tanah daripadanya. Kerana sesungguhnya ia adalah binatang syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 395, hadis no. 2108. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «أكرموا المعزى، وصلوا في مراحها، وامسحوا الرغام عنها؛ فإنها من دواب الجنة». [فر، «الضعيفة» (1880، 2070)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Muliakanlah kambing dan tunaikanlah solat di kandangnya serta sapulah (bersihkan) tanah daripadanya. Kerana sesungguhnya ia adalah binatang syurga". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah 1880, 2070].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.