Muliakanlah ibu saudara kalian iaitu pohon kurma

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أكرموا عمتكم النخلة؛ فإنها خلقت من فضلة طينة أبيكم آدم، وليس من الشجر شجرة أكرم على الله من شجرة ولدت تحتها مريم بنت عمران، فأطعموا نساءكم الولد الرطب، فإن لم يكن رطبا فتمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah ibu saudara kalian iaitu pohon kurma. Kerana sesungguhnya ia diciptakan daripada lebihan tanah bapa kalian Nabi Adam. Tidak ada sebatang pohon pun daripada sekalian pohon yang lebih Allah muliakan mengatasi pohon yang di bawahnya itu Maryam binti ‘Imran melahirkan anaknya. Justeru berikanlah isteri-isteri kalian yang bersalin makan kurma matang. Sekiranya tiada kurma matang, maka kurma kering.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 384, hadis nombor 2030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه -، مرفوعاً: «أكرموا عمتكم النخلة؛ فإنها خلقت من فضلة طينة أبيكم آدم، وليس من الشجر شجرة أكرم على الله من شجرة ولدت تحتها مريم بنت عمران، فأطعموا نساءكم الولد الرطب، فإن لم يكن رطبا فتمر». [عق، أبو الشيخ في «الأمثال»، عد، ابن حبان في «الضعفاء»، الباغندي في «حديث شيبان وغيره»، ابن عساكر، أبو نعيم في «الطب»، حل، «الضعيفة» (263)].

(Palsu) Daripada Ali RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Muliakanlah ibu saudara kalian iaitu pohon kurma. Kerana sesungguhnya ia diciptakan daripada lebihan tanah bapa kalian Nabi Adam. Tidak ada sebatang pohon pun daripada sekalian pohon yang lebih Allah muliakan mengatasi pohon yang di bawahnya itu Maryam binti ‘Imran melahirkan anaknya. Justeru berikanlah isteri-isteri kalian yang bersalin makan kurma matang. Sekiranya tiada kurma matang, maka kurma kering". [Riwayat al-‘Uqayli, Abu al-Shaykh dalam al-Amthal, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, al-Baghandi dalam Hadith Shayban wa Ghayrih, Ibn ‘Asakir, Abu Nu‘aym dalam al-Tibb dan al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 263].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.